Kementerian Kewangan menegaskan penutupan ekonomi secara menyeluruh ketika pelaksanaan PKP 3.0 akan memudaratkan golongan rentan dan mudah terjejas.<br />Selain itu, menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sekiranya sektor utama seperti perkilangan tidak beroperasi, ia bakal membawa impak berpanjangan dan berlarutan kepada sektor utama ekonomi.
